Friday, March 23, 2012

Haram ke baca doa dalam tokong?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sekali lagi aku nak sentuh pasal isu baca doa dalam tokong ni. Bukannya apa, pihak yg jadi mangsa tohmahan adalah "bapa" aku dalam jemaah PAS Batu iaitu Cikgu Ishak Surin dan selain itu, ianya juga sebagai wadah utk aku mendedahkan lagi kedangkalan para puak UMNO ni dalam meneliti isu ni.

Secara asasnya, puak2 UMNO menembak ttg pembacaan doa dalam tokong dan menurut keterangan Cikgu Ishak yg aku fahami, dia mmg membaca doa tetapi bukan di dalam tokong. Cuma tadi Dato Tarmizi Md Jam menyatakan bahawa doa itu "dibaca di perkarangan tokong". Aku tak pasti manakah yg betul sebab mungkin pemahaman aku mengenai penerangan Cikgu masa tu adalah tersalah. Jadi, kita ambil pandangan Dato Tarmizi selaku NYDP PAS Batu.

So, katakanlah betul Cikgu Ishak baca doa kat tokong, dan dia membaca doa utk menyelamatkan kawasan2 warisan di KL yg hendak dikaut secara rakus oleh rejim UMNO BN (dan ini termasuklah tokong tersebut menurut penjelasan Dato Tarmizi), di manakah fitnahnya?

Pertama sekali, aku nak tekankan tentang maksud perkataan "FITNAH" itu sendiri. Fitnah itu bukanlah semata2 bermaksud "menuduh sesuatu yg tidak benar" tetapi pelbagai maksud fitnah itu sendiri sebenarnya dalam al Quran termasuklah syirik, kemaksiatan, kemungkaran, alasan dan sebagainya. Dalam isu ini, "fitnah" yg layak kita takwilkan adalah "tuduhan melakukan kerosakan dan kemungkaran".

Kalau kita lihat stail posting puak2 UMNO, depa menuduh tindakan Cikgu Ishak membaca doa dalam tokong sebagai berlawanan dengan ajaran Islam dan "menghalalkan yg haram demi undi". Soalnya, benarkah begitu?

Firman Allah swt yg terjemahannya, "Allah SWT tidak menghalang kamu terhadap [orang2 kafir] yang tidak menyerang kamu dalam agama, dan tidak mengeluarkan kamu daripada negara kamu, bahawa kamu melakukan 'birrun' atau kebaikan dan keadilan kepada mereka. Sesungguhnya Allah SWT sayang kepada orang yang melakukan keadilan" (Surah Al-Mumtahanah : 8).

Pertama sekali, perlu dijelaskan bahawa Cikgu Ishak terlibat dalam NGO yg memperjuangkan hak2 tanah warisan di KL termasuklah Kampung Baru dan Jalan Sultan. Konvoi pada 1hb Februari itu melibatkan lebih kurang 100 org dari pelbagai pihak bermula dari Kg Kerinchi, Jalan Sultan, Kg Baru, Kg Bandar Dalam dan berakhir di Tokong Mee Thor Gan Ampang. Dan pada program itu, terdapat acara ucapan pemimpin2 agama dan kaum masing2 yg bersatu atas dasar muhibbah menentang penjarahan tanah2 warisan ini.

Pada ketika itulah Cikgu Ishak diminta untuk membacakan doa. Sekadar doa mengharapkan keselamatan dan kejayaan depa menghalang penjarahan itu. Doa yg dibaca oleh Cikgu Ishak adalah dalam bahasa melayu, dan ianya adalah demi kemaslahatan masyarakat tak kira apa jua agama dan bangsa. Bukankah itu merupakan satu cara utk mempromosi Islam sebagai agama yg universal dan untuk semua? Cuba bayangkan kalau Cikgu Ishak menolak permintaan membacakan doa itu - sudah pasti Islam akan dicop sebagai agama yg ortodoks, yg sempit, tidak universal dan hanya bersifat pentingkan diri sendiri.

Mengenai pembacaan dalam tokong pula, apakah ini satu kesalahan? Aku tekankan banyak kali bahawa even hukum bersolat dalam gereja pun hanya makruh, apatah lagi hanya bacaan doa yg tidak melibatkan apa jua upacara penyembahan. Ada sorg follower aku menekankan sebegini dalam inbox aku di Facebook - "Sy agak kesal kerana Tuan seolah-olah redha dan cuba menggunakan hukum harus solat di dalam rumah ibadat agama lain. Hukum itu betul, tp bg saya ia perlu dibaca dgn syarat2 yg mengharuskan hukum tersebut. Dlm isu gambar ini, sy lihat tiada keperluan langsung bg umat Islam terbabit hingga masuk dan berdoa di dlm tokong tersebut. Di dalam dan di perkarangan tokong itu sendiri adanya pelbagai jenis simbol dan binaan yg mempunyai pelbagai maksud. Ia direkabina dgn asas makna yg tertentu termasuk objek berbentuk segi empat seperti meja dlm gambar tersebut, ia membawa maksud yg khas. Ini normal dlm agama mereka yg percaya pd simbol2 termasuk berhala. Sedangkan umat Islam tidak beriman pd simbol2 itu, bahkan jatuh syirik jika mempercayainya. Jadi bagaimana perlakuan ini diharuskan menggunakan hukum yg asal itu kalau tiada keperluan untuk berbuat demikian? Perkara sebegini perlu dielakkan dan dijauhkan."

Pertama sekali, seperti yg aku katakan TIDAK ADA UPACARA MENYEMBAH APA2 PATUNG PUN BERLAKU OLEH UMAT ISLAM PADA KETIKA ITU. Pada ketika itu, permintaan yg berupa pengharapan drpd pihak2 yg terlibat agar Cikgu Ishak membaca doa juga boleh kita katakan satu keadaan yg mengharuskan pembacaan doa tersebut. Dan berdasarkan firman Allah yg aku tepek kat atas tadi, ini bukan satu kesalahan.

Dia menekankan tentang terdapat bahan2 sembahan dan patung2 dalam tokong tersebut. Soalnya, apakah kita menyembah patung2 itu? Dan apakah di dalam gambar itu, terbukti bahawa di hadapan Cikgu Ishak dan delegasi muslim yg berdoa tu terdapat apa jua jenis patung atau gambar yg disembah oleh org2 buddha? Ya, jawapannya TIDAK. Di hadapan mereka (mereka berdiri dalam satu lingkungan) hanyalah sebuah meja kosong yg tidak ada apa2 benda sembahan pun atau tanda2 yg meja itu merupakan tempat meletakkan barang sembahan yakni altar. Then apa yg haramnya?

Hukum solat di dalam tempat ibadah agama lain, para ulama para umumnya membolehkan namun terdapat khilaf dari segi keadaan yg mengharuskannya. Diriwayatkan baahwa dahulu Khalifah Umar al-Khattab r.a pernah akan melakukan solat di dalam gereja di Baitul Maqdis, cuma mengenangkan yg mungkin perbuatannya solat dalam gereja itu boleh saja melukakan hati penganut kristian lantaran depa baru je kehilangan Baitul Maqdis ke tangan muslimin, maka selepas itu Saidina Umar tidak lagi solat di gereja berkenaan lalu dibuatlah masjid di luar gereja itu dan jadilah masjid Umar. Namun pertimbangannya yg tidak mahu bersolat di gereja itu lagi bukanlah kerana larangan solat di dalam gereja, tetapi pertimbangan politikal semata. Dan perlu diperjelaskan, para fuqaha' Hanafiyah dan As-Syafi’yah menyatakan bahawa melaksanakan solat di dalam gereja hukumnya makruh. Baik gereja tersebut dipenuhi oleh patung ataupun tidak.

Nampak? Itu solat beb, PERBUATAN MENYEMBAH kerana dalam solat ada sujud. Cuba kalau kita solat, dan masa sujud org snap gambar kita dan kebetulan, agak jauh dari kita ada patung buddha katakan, bukankah ini satu perbuatan bagi menggalakkan fitnah? Sedangkan ini pun tidak haram dan hanya makruh, apatah lagi cuma berdoa. Berdoa pula bukan untuk para sami dan tokong itu semata2 tetapi untuk kemaslahatan masyarakat keseluruhan. Bukankah Malaysia ini majmuk? Apakah Islam ini tidak majmuk?

Perbuatan berdoa dengan cara Islam dalam tokong juga sebenarnya boleh bawa psychological effect yg positif kepada Islam. Pertama, ianya memberikan imej yg Islam ni agama yg muhibbah dan menerima semua pihak tanpa prejudis. Ini meyakinkan lagi ramai pihak bahawa Islam adalah agama yg adil. Kemudian, cuba kita twist sikit point of view kita terhadap gambar ni - kita lihat seolah2 sami dan semua cina itu MENGAMINKAN DOA YG DIBACA OLEH SEORG USTAZ. Apa impressionnya? Ya - seolah2 sami buddha itu dan cina2 lain dalam gambar tersebut MENGAKUI BAHAWA ISLAM ADALAH LEADER MEREKA WALAUPUN DEPA BERLAINAN AGAMA dan dalam masa yg sama, org boleh menggambarkan bahawa para kafir dalam gambar itu TELAH MEMELUK ISLAM dan tokong itu bakal tinggal sejarah kerana akan dijadikan masjid. Nampak?

Kesimpulannya, tak de salahnya berdoa dalam tokong jika kena keadaannya. Sebenarnya, banyak kelebihan untuk Islam melalui penyebaran gambar ini. Yang patut kita kutuk adalah pemasangan pokok krismas oleh Rais Yatim kerana ianya merupakan perayaan agama kristian, pemasangan lilin semasa deepavali oleh Najib, dan Najib juga merayakan thaipusan iaitu perayaan agama hindu di dalam kuil Batu Caves dan banyak lagi. Ini semua patut kita tentang. Malah kalau ponggal sekalipun belum tentu salah sebab ianya hanyalah perayaan adat dan bukan melibatkan agama.

Berhati2 agar tidak menjadi agen penggalak fitnah.

No comments:

Post a Comment